Wednesday, July 4, 2012

Gerakan Reformation



Reformation ialah gerakan pembaharuan agama Kristian yang bermula di Eropah Barat pada tahun 1510-an dan berakhir pada 1550-an.

~Gerakan ini muncul sebagai satu lagi kesan daripada semangat inkuiri yang sedang berkembang. Di samping itu, gerakan ini mempercepat lagi proses penolakan banyak unsur tradisi dan unsur-unsur lama dalam masyarakat Eropah.

~Oleh sebab itu, proses tersebut dianggap oleh sesetengah sarjana sebagai perkembangan yang amat penting pada Zaman Moden Awal Eropah.

~Kita juga akan mendapati bahawa pembaharuan dalam agama Kristian ini berlaku hampir 1500 tahun selepas agama Kristian diperkenalkan.

~Sebelum awal kurun ke-16 lagi sudah wujud perasaan kurang senang dan kritikan terhadap kepincangan dalam pentadbiran dan amalan Gereja Katolik.

~Hanya pada awal kurun ke-16 tercetus satu gerakan yang memecahkan perpaduan dunia Katolik yang telah bertahan begitu lama di Eropah Barat, kesan penentangan mereka terhadap segala penyelewengan dan kepincangan dalam amalan gereja Katolik. Mereka dikenali sebagai 'Protestant'.

~Pada tahun 1517, Martin Luther, paderi dari Jerman dan pengasas aliran Protestan, telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan yang dikenali sebagai indulgences.

~Indulgences ialah penjualan surat pengampunan dosa oleh pihak gereja kepada orang Kristian yang sudah bertaubat dan berjanji membuat kebajikan. Biasanya indulgences ini dijual tanpa pembelinya membersihkan diri dan penjualannya telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan beberapa pihak termasuk para paderi dan pemimpin-pemimpin tinggi gereja.




Zaman Renaissance


Pengenalan:
  • Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tetutup dari sudut ekonomi,politik dan sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.


  • Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlku perubahan sikap dam membuka minda serta membawa fahaman baru.
Isi-isi :
Pengertian Renaissance :
  • Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.


  • Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.


  • Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.


  • Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme.
Sumbangan Renaissance Kepada Eropah :
  • Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alirn baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme, nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemhkan kekuasaan golongan feudal.


  • Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual terkenal di Eropah pada masa itu.


  • Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju.Keadaan ini telah melemahkan kedudukan dn kekuasaan golongan feudal yang sentiasa berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.


  • Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.


  • Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.


  • Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam penghasilan ilmu algebra.


  • Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah.Antara tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam kajian peredaran darah.


  • Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan penerokaan.

Ciri-ciri Zaman Gelap

Pada Zaman Gelap, Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang:

  • Ilmu pengetahuan
  • Perdagangan
  • Kehidupan Perbandaran

Pada masa itu juga tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Sebaliknya, pada masa yang sama, dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya. Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaniyah dan Bani Abbaisyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul. Oleh itu, dunia Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.

Apabila Empayar Rom runtuh:

~Golongan Baron (tuan tanah) muncul.
~Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
~Sebagai pertukaran, golongan petani membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah.
~Bagi petani yang tidak berkemampuan, mereka menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
~Sebagaiman golongan petani mendapat perlindungan daripada golongan tuan tanah, tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada pihak raja.


Sistem feudal di Eropah



Raja
~Golongan penaung utama
~memiliki tanah secara mutlak
~mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak Istana

Golongan pembesar
~memberikan khidmat kepada pihak raja

Rakyat Biasa
~memberikan khidmat kepada tuan tanah

Rakyat (Golongan hamba)





Pada Zaman Pertengahan,


    1. Gereja Katolik merupakan:

  • institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak
  • terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan
  • dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah

    2. Kegiatan pedagangan tidak meluas:


  • perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking* dan Magyar**
  • Orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean masa itu dikuasai oleh orang Islam dan mereka tidak berupaya menyaingi penguasaan ini. 
  • Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
  • Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barangan kerena mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amat terhad.
     
     3. Sebab-sebab zaman tersebut dikenali Zaman Gelap:


  • pusat pemerintahan yang lemah
  • kegiatan ekonomi yang terhad
  • kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
  • sifat Gereja yang mengongkong
                                                             
*Viking merupakan suku kaum daripada Norway, Sweden dan Denmark.

                                                            
   **Magyar merupakan suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum  Urgila dan Turki.


Zaman Gelap  -> Zaman Kemuncak Pertengahan -> Zaman Renaissance


Pada zaman ini,

  • Gereja mula berperanan sebagai institusi yang universal serta menjadi ejen penyatuan
  • berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk, peningakatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan (membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence)
  • membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan
  • status sosial berasakan kekayaan
  • perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam urusan politik
  • penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat