Wednesday, July 4, 2012

Ciri-ciri Zaman Gelap

Pada Zaman Gelap, Eropah telah mengalami kemerosotan dalam bidang:

  • Ilmu pengetahuan
  • Perdagangan
  • Kehidupan Perbandaran

Pada masa itu juga tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Sebaliknya, pada masa yang sama, dunia Islam telah tegak dengan kegemilangannya. Dunia Islam sebagaimana yang terbukti pada zaman Khulafa al-Rasyidin, Bani Umaniyah dan Bani Abbaisyah mempunyai pusat pentadbiran yang mantap dan sistem ilmu pengetahuan yang unggul. Oleh itu, dunia Eropah telah mencedok banyak ilmu daripada dunia Islam demi meningkatkan pencapaian masyarakat mereka.

Apabila Empayar Rom runtuh:

~Golongan Baron (tuan tanah) muncul.
~Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.
~Sebagai pertukaran, golongan petani membayar cukai yang tinggi kepada pihak tuan tanah.
~Bagi petani yang tidak berkemampuan, mereka menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.
~Sebagaiman golongan petani mendapat perlindungan daripada golongan tuan tanah, tuan tanah pula mendapat perlindungan daripada pihak raja.


Sistem feudal di Eropah



Raja
~Golongan penaung utama
~memiliki tanah secara mutlak
~mempunyai golongan pembesar yang mendapatkan naungan daripada pihak Istana

Golongan pembesar
~memberikan khidmat kepada pihak raja

Rakyat Biasa
~memberikan khidmat kepada tuan tanah

Rakyat (Golongan hamba)





Pada Zaman Pertengahan,


    1. Gereja Katolik merupakan:

  • institusi yang amat berkuasa dan memiliki hartanah yang banyak
  • terlalu memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan pembelajaran ilmu keakhiratan
  • dianggap mengongkong kehidupan masyarakat Eropah

    2. Kegiatan pedagangan tidak meluas:


  • perdagangan di perairan pantai Utara dan Barat sering diganggu oleh serangan orang gasar seperti Viking* dan Magyar**
  • Orang Eropah juga tidak dapat berdagang ke Timur Jauh kerana kawasan Mediterranean masa itu dikuasai oleh orang Islam dan mereka tidak berupaya menyaingi penguasaan ini. 
  • Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor pertanian.
  • Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barangan kerena mata wang yang terdapat dalam pasaran pada masa itu amat terhad.
     
     3. Sebab-sebab zaman tersebut dikenali Zaman Gelap:


  • pusat pemerintahan yang lemah
  • kegiatan ekonomi yang terhad
  • kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
  • sifat Gereja yang mengongkong
                                                             
*Viking merupakan suku kaum daripada Norway, Sweden dan Denmark.

                                                            
   **Magyar merupakan suku kaum yang terbesar di Hungary dan merupakan campuran antara suku kaum  Urgila dan Turki.


Zaman Gelap  -> Zaman Kemuncak Pertengahan -> Zaman Renaissance


Pada zaman ini,

  • Gereja mula berperanan sebagai institusi yang universal serta menjadi ejen penyatuan
  • berlaku perubahan ekonomi yang ketara hasil pertambahan penduduk, peningakatan aktiviti pertanian dan kemunculan perdagangan (membawa kepada kemunculan bandar-bandar seperti Venice, Milan dan Florence)
  • membawa kepada lahirnya kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan, pedagang dan ahli perbankan
  • status sosial berasakan kekayaan
  • perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam urusan politik
  • penglibatan ini berlaku menerusi institusi seperti parlimen yang diwujudkan bagi memenuhi tuntutan rakyat

1 comment:

  1. Titanium Cross Necklace - Tioga Tissue Art
    Titanium cross necklace. Titanium cross necklace. titanium ore Titanium cross necklace. Titanium cross necklace. titanium grades Titanium cross price of titanium necklace. babyliss titanium flat iron Titanium cross necklace. titanium granite Titanium cross necklace. Titanium cross

    ReplyDelete